Home » » IMAM NAWAWI

IMAM NAWAWI

Written By umam on 11 Sep 2008 | 9/11/2008 01:06:00 AM

A. BIOGRAFI IMAM NAWAWI

Nama panjangnya ialah Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin Syirfu al Nawawi ia lahir di desa Nawa di daerah khauran sebelah selatan kota Damsyik pada bulan Muharram 131 H. Beliau hidup di kelurga yang sangat menghargai ilmu dien. Alloh Subhanahu wa Ta’ala memberikan kepada beliau kecintaan kepada ilmu dan hafalan Al quran. Dengan dukungan ayah beliau, imam nawawi memperoleh kemulian besar dalam kehidupan ilmiah.

Imam Nawawi pindah ke Damsyik, tinggal di madrasah untuk menuntut ilmu. Beliau sangat tekun menuntut ilmu agama, hafal ‘at tanbih’ dalam waktu 4,5 bulan, di bulan sisanya di tahun itu beliau menghafal rab’ul muhadzdzab. Beliau belajar ilmu terus menerus hingga menjadi ulama besar dalam fiqh madzhab Syafi’i, dalam bidang hadits dan bahasa.

Imam Nawawi dikenal sebagai seorang alim rabbani, zuhud dalam dunia, wara’ dan beliau hampir tidak pernah berpaling dari ketaatan, kuat dalam amar ma’ruf nahi munkar, menasehati penguasa, tidak takut celaan orang karena Alloh Subhanahu wa Ta’ala.

Beliau memiliki kedudukan yang tinggi yang dikenal oleh ulama di jamannya. Berkaitan dengan ini Syaikh ibn farh menyatakan bahwa Imam Nawawi memiliki tiga derajat yang satu derajatnya saja sangat berat dicapai oleh orang lain, yaitu ilmu, zuhud dan amar ma’ruf nahi mungkar.

B. DAKWAH IMAM NAWAWI

Imam Nawawi seorang tokoh perundangan dalam Islam, menyatakan dalam kitabnya Syarah Muslim: Perkara sebenar yang telah disepakati sama ada oleh ulama fiqh (fuqaha), ulama ahli hadith (muhaddithin) dan ulama ilmu kalam atau ilmu tauhid (mutakallimin), begitu juga para sahabat (atsar) dan para ulama dahulu dan mutakhirin, bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah diisrak dan dimikrajkan oleh Allah SWT dengan roh dan jasadnya sekali. Begitu juga Al Imam Ibnu Hajar mempunyai pendapat yang sama dalam perkara tersebut.

Menurut Imam Nawawi, tiada alasan untuk menolak hakikat Israk Mikraj Nabi S.A.W dengan roh dan jasadnya sekali, kerana peristiwa Israk dan Mikraj agung itu bukan atas usaha ikhtiar Nabi s.a.w sendiri, sebaliknya Nabi s.a.w menghebahkan kepada orang ramai bahawa baginda telah diisrak dan dimikrajkan oleh Allah SWT bersama malaikat Jibril. Kenderaan yang disediakan oleh Allah SWT bernama buraq iaitu kenderaan yang dicipta dari cahaya. Buraq kenderaan khusus untuk suatu pengembaraan Nabi s.a.w dalam perisitiwa bersejarah diisrak dan dimikrajkan ke langit. Ini bermakna bahawa Israk Mikraj adalah suatu peristiwa di luar kemampuan Nabi s.a.w untuk melakukannya, sebaliknya ia dikehendaki oleh Allah SWT berlaku ke atas diri Nabi s.a.w dengan dibantu oleh malaikat Jibril.

Kalaulah peristiwa Israk Mikraj itu sekadar Nabi s.a.w bermimpi pergi ke Baitul Muqaddis dan juga mimpi naik ke langit, maka kaum musyrikin Makkah tidak akan marah dan mempersenda Nabi s.a.w, kerana mimpi adalah perkara biasa bagi semua orang. Bukan Nabi Muhammad sahaja yang boleh bermimpi naik ke langit, bahkan orang yang bukan taraf nabi pun boleh bermimpi serupa itu juga.

Apabila kafir Quraisy menentang habis-habisan dan berusaha mati-matian menyangkal peristiwa Israk Mikraj yang berlaku kepada roh dan juga jasad Nabi Muhammad s.a.w ini bererti dengan sendirinya mereka mengakui bahawa Nabi diisrak dan dimikrajkan dengan roh dan jasadnya sekali. Bukannya bermimpi pergi ke langit, kerana mimpi bukanlah suatu yang luar biasa dan tidak menyebabkan orang bersengketa kerana mimpi bukan isu yang patut dipertikaikan.

Sekiranya Nabi Muhammad s.a.w itu sekadar mimpi naik ke langit sahaja, maka tidak ada mustahaknya orang-orang kafir Quraisy cabar Nabi untuk membuktikan kebenaran ceritanya dengan menerangkan rupa bentuk masjid Al-Aqsa serta jumlah pintu, tiang dan perkara-perkara yang berkaitan dengan masjid tersebut. Jika hanya dengan bermimpi, tidak mungkin Nabi s.a.w mampu menjawab semua soalan kaum musyrikin yang mengkehendaki Nabi Muhammad menjawab dengan lengkap keadaan rupabentuk masjid Al-Aqsa itu.

Pertanyaan kaum musyrikin mengenai keadaan rupa bentuk masjid Al- Aqsa dengan tujuan untuk memerangkap, kerana mereka yakin seratus peratus bahawa Nabi s.a.w tidak pernah menjejakkan kaki ke Baitul Muqaddis. Sebaliknya apabila semua pertanyaan telah dijawab dengan betul, maka kaum musyrikin menjadi panik dan kebingungan. Mereka tahu bahawa Muhammad s.a.w sebelum peristiwa yang menggemparkan itu, sememangnya tidak pernah pergi ke Baitul Muqaddis, tetapi mereka hairan bagaimana Nabi boleh menjawab semua pertanyaan berhubung masjid Al-Aqsa itu.

Sememangnya tiada dalam ingatan Nabi s.a.w tentang rupa bentuk masjid Al-Aqsa, kerana Nabi s.a.w sekadar dibawa singgah sebentar oleh Jibril untuk menunaikan solat dua rakaat. Setelah selesai solat, Nabi s.a.w telah dihidangkan dua bejana yang mengandungi dua jenis minuman, satu bejana mengandungi susu dan satu bejana lagi mengandungi arak. Setelah itu, Nabi s.a.w mengambil bejana yang mengandungi susu, dan tindakan Nabi memilih bejana mengandungi susu mendapat sanjungan dari Jibril kerana menepati fitrah manusia. Sesi minuman itu dalam masa yang singkat, selepas itu Nabi s.a.w naik ke langit bersama Jibril dengan kenderaan Buraq.

Dengan kelajuan seperti kilat menyambar, kenderaan Buraq terdedah kepada persekitaran angkasa lepas yang tidak mampu dilalui oleh manusia biasa. Tetapi Nabi s.a.w selamat pergi dalam peristiwa Israk Mikraj itu, dan selamat pulang setelah meredah angkasa raya hanya dalam masa satu malam sahaja. Nabi s.a.w telah menjejakkan kaki ke bumi Makkah menjelang subuh.

Kehidupan Imam Nawawi dihabiskan kepada bakti dan khidmat suci terhadap penyebaran dam perkembangan ilmu pengetahuan Islam. Makan minumnya hanya sekali dalam sehari, sekadar memelihara kesihatan badannya. Juga tidak sanagat menghiraukan akan soal pemakaian dan perhiasan, cukuplah apa yang memadai sahaja. Tidak juga gemar akan makan buah-buahan kerana khuatir akan mengantuk yang akan mengganggu tugas sehariannya.

Seorang yang begitu bertakwa menurut erti kata sepenuhnya, wara’nya dan kebersihan jiwanya. Seorang ulama’ yang amatlah suka ditemui. Ada juga riwayat yang mengatakan bahawa keengganan beliau untuk makan buah-buahan di Damsyik itu bukan hanya khuatir akan mengantuk tetapi kerana buah-buahan di Damsyik dikala itu terlalu banyak mengandungi syubhat.

Sepanjang hayatnya sentiasa istiqamah dalam menjalankan kewajipan menyebarkan ilmu dengan mengajar dan mengarang di samping senantiasa beribadah di tengah-tengah suasana hidup yang serba kekurangan, sehingga hidupnya dilingkungi oleh usaha dan amal saleh terhadap agama, masyarakat dan umat.

Beliau pernah diusir keluar dari negeri Syam oleh sultan al-Malik al-Zahir yang tidak senang akan fatwa yang dikeluarkan olehnya. Beliau bukanlah seorang ulama’ yang mencari kebenaran untuk dirinya sahaja, beliau hidup di dalam masyarakat. Beliau tidak menjual ilmu yang dimiliki dengan harta benda dunia. Beliau mencurahkan ilmu kepada masyarakat ummat. Beliau memimpin ummat bukan ummat yang memimpin beliau. Mengeluarkan fatwa tanpa memandang sesiapa, walaupun fatwanya itu meyusahkan kedudukannya. Inilah contoh ulama’ pewaris nabi (warithatul anbiya’).

Sepanjang hayatnya banyak menulis, mengarang, mengajar dan menasihat. Inilah yang telah mengangkat ketinggian peribadinya dan dikagumi. Imam Nawawi wafat pada 24 Rejab 676 Hijrah, dan dimakamkan di Nawa, setelah sekian lama beliau hidup dengan membujang tidak beristeri di tengah-tengah suasana masyarakat Damsyik dan telah berjaya menyumbangkan tenaga fikiran dan ‘ilmunya kepada agama Islam dan umatnya. Sekianlah, mudah-mudahan Allah melimpahkan rahmatnya ke atas beliau. Amin.

C. FATWA IMAM NAWAWI YANG MENGGEMPARKAN

Menurut riwayat bahawa apabila baginda sultan al-Malik al-Zahir telah mengadakan persiapan perang untuk memerangi orang-orang Tatar (monggol) lalu digunakanlah fatwa ‘ulama yang mengharuskan mengambil harta rakyat untuk kepentingan perang melawan musuh. ‘Ulama fiqh negeri Syam telah menulis menerangkan fatwa tersebut, tetapi baginda belum merasa senang hati kalau imam Nawawi tidak memberi fatwanya. Lalu baginda bertitah “Masih adakah lagi orang lain”. “Masih ada, al-Syaikh Muhyiddin al-Nawawi” – demikian jawapan yang disampaikan kepada baginda.

Kemudian baginda menjemput Imam Nawawi dan meminta beliau memberi fatwanya bersama ‘ulama fiqh mengenai pengambilan harta rakyat untuk peperangan. Beliau berterus terang tidak mahu memberi fatwanya dan enggan. Baginda bertanya: “Apakah sebabnya beliau enggan?” Lalu beliau memberi penjelasan mengapa beliau terpaksa menerangkan sikapnya dan keenggannya memfatwakan sama seperti para ‘ulama. Beliau dalam penjelasan kepada baginda menerangkan seperti berikut! Ampun Tuanku! Adalah patik sememangnya mengetahui dengan sesungguhnya bahwasanya tuanku adalah dahulunya seorang tawanan tidak ada sebarang harta benda. Tetapi pertolongan Allah telah dilimpahkan kurnianya kepada tuanku dengan dijadikan tuanku seorang raja. Ampun Tuanku! Adalah patik telah mendengar bahawanya tuanku ada memiliki seribu orang hamab tiap-tiap seorang ada mempunyai beberapa ketul emas. Manakala dua ratus orang khadam wanita milik tunaku, masing-masing mempunyai perhiasan yang bernilai. Andaikata tuanku sendirian membelanjakan kesemua itu untuk keperluan pernag sehingga mereka tidak lagi mempunyai barang-barang itu, maka patik bersedia memberi fatwa untuk membenarkan tuanku mengambil harta rakyat.

D. WAFAT BELIAU

Nawawi meninggal pada tanggal 14 Rajab 176 H di Nawa. Umur Imam Nawawi memang tidak panjang, tidak lebih dari 45 tahun, meskipun demikian usia yang tidak panjang itu penuh barakah. Umur yang tidak panjang itu, beliau habiskan untuk ibadah, ketaatan, mengajar dan menulis.

E. KARYA IMAM NAWAWI

Beliau mewariskan peninggallan yang berharga dalam beragam ilmu-ilmu agama, yang dapat dibaca oleh para penelaah, dan pembaca. Disaat beliau diberi kekuatan pemahaman dalam memahami nash, ilmu fiqh, ushul fiqh, mustholah, bahasa dan bidang ilmu yang lain. Diantara karangan beliau adalah Minhaj fi syarah shahih Muslim, Taahdzibul asma’ waal lughoh, Minhajuj tholibin, Ad daqoiq, Tashhihul tanbih fi fiqhil asy syafi’iyah, Taqrib wa tahsin fi mushtolah al hadits, Riyadhus shalihin min kalamisayidil mursalin dan tulisan-tulisan lain yang masih banyak.

F. KESIMPULAN

Kesimpulannya, beliau berfatwa tidak membenarkan baginda mengambil harta rakyat selama kekayaannya sendiri masih dapat dipergunakan. Baginda al-Malik al-Zahir murka kepadanya kerana fatwanya yang amat menggemparkan sehingga baginda mengeluarkan perintah supaya beliau segera keluar dari Damsyik. Imam Nawawi terima saja perintah pengusirannya itu dengan nada yang tenang. Lalu beliau pun keluar ke Nawa. Para ‘ulama Syam telah berusaha menjemput beliau balik semula ke Damsyik, tetapi beliau enggan dengan berkata: “Saya tidak akan balik ke Damsyik selama baginda masih berkuasa”.

G. DAFTAR PUSTAKA

Rujukan asal, HADIS EMPAT PULUH, Cetakan Dewan Pustaka Fajar

http://islam.blogsome.com

Abu-Syafiq.blogspot.com/2007/05/Imam-Nawawi-Ibnu-Hajar-pun-kafir.

Share this article :

0 comments:

Arsip Curahan

 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Curahan Tangan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Khotibul Umam
Proudly powered by Blogger